Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, mestilan risau tentang kos perbaiki kenderaan. Namun, tidak perlu risau kalau anda sudah beli Insurans kerana semua kos-kos tersebut boleh ditanggung bawah Polisi insurans anda (bergantung juga pada jenis Insurans yang dibeli).
Macam mana nak buat Claim Insurans kalau accident?Jangan panic ~ Senang sahaja.
1. Dapatkan butiran kenderaan dan pemandu pihak ketiga (cuba dapatkan sebanyak info seperti No Plat / model kenderaan / nama pemandu / contact nombor, dan lain-lain).
2. Ambil gambar kejadian dan gambar kenderaan (termasuk kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan).
2. Buat Laporan Polis dalam masa 24 Jam di balai polis yang berdekatan
3. Hantar kenderaan anda ke mana-mana bengkel panel insurans. Selalunya, setiap Syarikat Insurans mempunyai Panel workshop masing-masing di seluruh Malaysia.
●Kalau kenderaan mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat dibawa, segera menghubungi Toll Free Syarikat Insurans bagi khidmat tunda towing percuma.
4. Hantar dokumen kepada pihak bengkel
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Lesen memandu
- Polis Report
- Polis Siasatan Report (kalau terlibat Third Party Claim)
Maklumat lanjut atau nak cari Panel Workshop boleh rujuk website kami:
http://www.tkthank.com.my/claim.htmlBolehkah anda tuntut insurans kereta akibat kemalangan kecil?Ya, anda masih boleh membuat tuntutan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya kecil mahupun besar.
Sekiranya kemalangan berskala kecil seperti calar, kerosakan lampu belakang atau cermin tepi, kebiasaannya kos kerosakan berada dalam lingkungan yang boleh diselesaikan sendiri.
Namun sekiranya anda tetap ingin teruskan dengan tuntutan, anda boleh membuat tuntutan Insurans sendiri (Own Damage Claim) ataupun Tuntutan Pihak Ketiga (Third Party Claim) bergantung pihak mana yang bersalah dalam kejadian tersebut.
Perlu diingatkan, kalau anda membuat tuntutan Insurans sendiri (Own Damage Claim), ia akan menjejaskan No Claim Discount (NCD) anda, dan menyebabkan kos insurans jadi mahal masa pembaharuan Insurans masa depan.
Apa perlu dilakukan jika dilanggar oleh kereta yang tiada insurans?Jangan risau, walaupun individu yang melanggar kereta anda tiada insurans, anda boleh menuntut kerugian daripada mereka.
Anda boleh menyaman mereka atas kapasiti persendirian memandangkan mereka tidak mempunyai perlindungan insurans. Kebiasaannya tuntutan akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.
Untuk tuntutan ke atas kecuaian individu tanpa insurans ini, anda perlu dapatkan butiran maklumat pemandu untuk meneruskan saman. Tanpa maklumat yang lengkap, tuntutan mungkin tidak dapat dikemukakan.
-----------------------------------------------------------
Utk maklumat lanjut / sebarang pertanyaan, sila hubungi kami
📱Whatapps:
012-4089393 GET FREE QUOTE
🏛️Pejabat HQ
No 5, Taman Seri Belida, Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar Kedah
🏛️Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone :
04-7309393🏛️Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone :
04-4422393🖥️Website:
www.tkthank.com.my